Gambar ini adalah gambar wau. Wau adalah sejenis permainan yang dikenali sebagai layang-layang pada masa kini. Wau dimainkan pada masa lapang bagi kalangan rakyat biasa. Ia telah dimainkan sejak zaman berzaman sekitar kurun kelima belas dan ia dimainkan oleh orang melayu kita. Wau bulan adalah yang paling digemari oleh orang melayu. Ia dihiasi dengan pelbagai corak dan bermacam warna. Hingga kini,ada juga beberapa negara yang masih mengekalkan tradisi membuat wau untuk dijadikan hasil kraftangan atau hiasan dinding.
rujukan: http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm