KANAK KANAK MELAYU.
PERMAINAN TRADISIONAL.












TENTANG KAMI



Selamat Datang!
Kami Solha dan Shufiah daripada sekolah Menengah Marsiling,kelas 3m2.






Atikah&ati'qah Azizi&syabrin
Asriani&taqiuddin Dhaimirah&hisyam
Hajarah&fatin M2 Haziq&raimi
Raim&irwan Nazira&fatin M3
Natasha&fazlinda Radiyah&sharitta
Saliha&hafizah Zawani&suzliyanee
Shafiqah&yani&marhamah Ridzwan&alim
Ain&afira Afiq&hafiz
Nazifi&khazin Faezah&lubna
Fathin&sabirah


SILA BICARA






CARA MEMBUAT WAU
Thursday, July 10, 2008

Pembuatan sebuah wau agak rumit dan ia memakan masa. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya dan ia akan diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan dilekatkan dengan tiga lapis kertas tipis dan lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama memerlukan kertas berkilat, lapisan kedua memerlukan warna yang berbeza dan bercorak awan yang bercorak bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian atas wau serta dihujung kiri dan kanan kepaknya, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni. Busul akan direngangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat daripada daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilurut akan dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau untuk mengimbangi wau. Harap anda telah dapat mengambarkan dan memahami bagaimana hendak membuat wau.

rujukan: http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm